Isnin, 31 Januari 2011

Lewat PASIR MAS - Senantiasa Lawati satu - JAJAHAN dalam negeri. KELANTAN

JAJAHAN PASIR MAS GEDONG ILMU DAN KEBUDAYAAN
Sepengetahuan tuan dengan ini ditambah lagi Pengenalan mengenai Pasir Mas Kelantan. Jajahan Pasir Mas mempunyai beberapa Daerah. Beberapa daerah terbentuk satu Kawasan Parlimen dan dalam satu-satu parlimen ada beberapa (DUN) Dewan Undangan Negeri. Dalam setiap daerah ada pula mukim manakala dalam mukim ada pula beberapa buah kampung. Didalam sebuah kampung wajud pula kampung (Gerakan Desa Wawasan dan Komuniti 1Malaysia) Dimana dalam setiap Gerakan Desa Wawasan diwujudkan pula kelompok kecil dengan kegiatan yang berbagai sama ada dalam sektor Pertanian, Sektor ekonomi, sektor kebudayaan, Sektor Pembangunan moral dan fizikal. Begitu juga dengan Komuniti 1Malaysia. Disini akan ditonjolkan kegiatan-kegiatan yang lebih terserlah iaitu melalui KOMUNITI 1MALAYSIA

Jajahan Pasir Mas terbahagi kepada 10 Daerah, 48 Mukim Tanah dan 83 Mukim Penghulu.
Merujuk kepada bancian anggaran terkini bagi tahun 2009 (Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan), jumlah penduduk di Jajahan Pasir Mas adalah seramai  206, 400 orang berbanding pada tahun 2007 iaitu seramai 197,100 dan 2006 seramai 193,400 orang.
Jumlah penduduk lelaki di Jajahan Pasir Mas ialah seramai 103,100 manakala lelaki pula seramai 103,300 orang. Jajahan Pasir Mas merupakan Jajahan kedua yang mempunyai penduduk paling ramai selepas Jajahan Kota Bharu.
1.  PROFAIL DAERAH KUBANG SEPAT
  • Daerah Kubang Sepat mempunyai 7 mukim Penghulu, 5 Mukim Tanah, 6 Mukim Imam dan terdapat 24 buah kampung.
  • Luas keseluruhan Daerah Kubang Sepat ialah 21.71 km persegi atau mewakili 3.76% daripada luas Jajahan Pasir Mas (577.51 km persegi/223.4 batu persegi).
  • Ia terletak di utara Jajahan Pasir Mas ( Bandar Pasir Mas ). Disebelah selatan bersempadankan dengan Daerah Kubang Gadong, sebelah utara bersempadan dengan Daerah Wakaf Bharu, Jajahan Tumpat, disebalah barat bersempadan Daerah Bunut Susu dan timur bersempadan dengan Daerah Salor, Kota dan Pendek, Jajahan Kota Bharu.Kedudukan sebelah timur Daerah dipisahkan oleh kedudukan sungai Kelantan dengan Jajahan Kota Bharu.
2. PROFAIL DAERAH KUBANG GADONG
  • Daerah Kubang Gadong merupakan Daerah Ke-4 terbesar dari segi keluasan kawasan manakala ke-3 terbesar dari segi kepadatan penduduk daripada 10 daerah penggawa di Jajahan Pasir Mas. Ianya terletak bersempadan dengan Daerah Kubang Sepat di sebelah timurnya dan Daerah Bunut Susu di sebelah Utaranya serta di sebelah baratnya bersempadan dengan Negara Thailand dan di sebelah selatan bersempadan dengan Daerah Alor Pasir , Daerah Pasir Mas serta Jajahan Kota Bharu.
  • Daerah kubang Gadong meliputi kawasan seluas 55.86 km.per (13837 ekar per segi). Pada keseluruhanya pendudok Daerah Kubang Gadong terdiri daripada 99% Melayu  dan 1% Cina. Jumlah  penduduk Daerah Kubang Gadong ialah  26 070 orang.
  • 85% daripada keseluruhan daerah ini adalah terdiri daripada tanah rata, 15% adalah tanah rendah dan paya serta ditenggelami banjir hampir keseluruhan daripada keluasan daerah Kubang gadong yang seluas 55.86 km  persegi . Ini sudah diterokai dan didiami penduduk setempat dan ditanam dengan berbagai jenis tanaman pertanian seperti padi, getah, dusun buah–buahan dan sebagainya.
3. PROFAIL DAERAH BUNUT SUSU
  • Daerah Bunut Susu mempunyai 12 Mukim.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 16 800 orang.
4. PROFAIL DAERAH RANTAU PANJANG
  • Daerah Rantau Panjang mempunyai 7 buah Mukim iaitu Mukim Rantau Panjang, Mukim Lubok Gong, Mukim Gual Nering, Mukim Lubok Setol, Mukim Telaga Mas, Mukim Bakat dan Mukim Rahmat.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 19 054 orang yang terdiri daripada Melayu seramai 18,720 orang, Cina seramai 185 orang dan Lain-lain bangsa seramai 149 orang.
5. PROFAIL DAERAH KANGKONG
  • Daerah Kangkong mempunyai 10 buah Mukim iaitu Mukim Baroh Pial, Mukim Bujok, Mukim Bukit Tuku, Mukim Gelam, Mukim Kangkong, Mukim Kuala Kelar, Mukim Kubang Batu, Mukim Rasal, Mukim To' Uban dan Mukim Rong Chenok.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 19 514 orang yang terdiri daripada 9 511 orang lelaki dan 10 003 orang perempuan dengan jumlah rumah sebanyak 3 533 buah.
6. PROFAIL DAERAH ALOR PASIR
  • Jumlah penduduk di Daerah Alor Pasir ialah seramai 10,595 orang yang terdiri daripada 99.5 % Melayu, 0.5 % kaum Thai dan lain-lain bangsa tiada.
7. PROFAIL DAERAH LEMAL
  • Daerah Lemal mempunyai 7 Mukim iaitu Mukim Lubok Tapah, Mukim Lati, Mukim Chicha Tinggi, Mukimkubang Ketam, Mukim Tasek Raja, Mukim Pengkalan Merlong Dan Mukim Kuala Lemal.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 12 270 orang.
  • 21
    HAJI HASSAN B. AHMAD
    1/1/1984
    31/12/1985
    22
    DATO’ HAJI HASSAN  B. YUSOFF
    1/1/1986
    31/8/1986
    23
    DATO’ HAJI AB RAZAK B. SALLEH
    1/9/1986
    15/12/1988
    24
    DATO’ HAJI ASHAARI B. HAJI ABDULLAH
    16/12/1988
    31/5/1990
    25
    HAJI IBRAHIM B. HAJI ISMAIL
    1/6/1991
    31/11/1991
    26
    HAJI HASHIM BANI B. HAJI HAMID
    1/12/1991
    31/6/1995
    27
    HAJI NORDIN B. MANAF
    1/7/1995
    15/8/1998
    28
    HAJI AB HALIM B. HAJI AHMAD
    16/8/1998
    30/6/2001
    29
    DATO’ HAJI FUAD B. HAJI HASSAN
    1/7/2001
    15/3/2003
    30
    DATO’ HAJI KAMARUDIN B. HAJI MOHD ZAIN
    16/3/2003
    15/8/2004
    31
    HAJI AB HALIM B. HAJI AHMAD
    16/8/2004
    31/12/2005
    32
    HAJI MOHD FAUDZI B. HAJI CHE MAMAT
    1/1/2006
    1/9/2007
    33
    HAJI FAUZI B. MAT
    2/9/2007
    15/12/2009
    34
    HAJI NIK KAZIM B. NIK YUSOFF
    16/12/2009
    21/03/2010

Jajahan Pasir Mas terdapat juga tempat-tempat yang menarik yang boleh dijadikan tarikan kepada para pelancong dari luar negeri dan juga luar negara. Antaranya ialah seperti bi bawah. 
1. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

2. Empangan Bukit Kwong, Lubok Setol, Rantau Panjang

· 
3. Danau To' Uban.
       
Wujud dari Pembenaan Empangan Pengairan Lemal pada Tahun 1959.
·         Dianggarkan luas Danau To' Uban ialah 1425 ekar@570 ha. Kawasan Tanah Kerajaan yang boleh dibangunkan ialah 13.098 ekar.
·         Terletak di dalam Mukim Bujok, To Uban, Daerah Kangkong, Jajahan Pasir Mas.
·         Jarak Danau To' Uban dengan Kota Bharu ialah di anggarkan 50km, dengan Pasir Mas 25 km dan dengan Bandar Rantau Panjang dianggarkan 23km.
·         Laluan ke Danau To' Uban ialah Dari Pasir Mas ke Jalan Lubok Jong-Tanah Merah melalui Simpang Bukit Tuku. Dan Dari Jalan Pasir Mas-Tanah Merah melalui Simpang To' Uban.
·         Terdapat Dua Projek yang dilaksanakan oleh Swasta berhampiran Danau To' Uban Projek pertama Sekolah Arab Tahfiz dan Pengajian Bahasa Arab Al Balaghulmubin Rong Chenok, yang diasaskan oleh Allayarham Dato’Haji Muhamad Nasir dan Projek kedua Projek Latihan berkonsep pupuk semangat KEM DANAU dan Kem Desa Mahmood Dibawah kelolaan YABHG Dato’Hj. Husein b. Ahmad.
·         Terdapat sebuah Masjid dinamakan Masjid Brunai dibina di Kawasan Rong Chenok ini. Masjid terletak di tepi Danau To' Uban.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan